Search

Saya share kat sini lokasi Food Bank atau Gerobok ...

  • Share this:

Saya share kat sini lokasi Food Bank atau Gerobok Rezeki (surau atau masjid) yang ada berhampiran anda.

Kalau anda rasa anda sangat memerlukan apa2 sahaja keperluan harian dapur boleh pergi ke lokasi-lokasi ini. Ambil apa yang perlu untuk anda dan keluarga. Tempat-tempat ini tidak mengira siapa anda bangsa, agama, warganegara atau siapa sahaja memerlukan makanan pergi lah ambil.

Kalau korang tahu ada jiran atau rumah terdekat korang yang kibar "Bendera Putih" atau memerlukan barang keperluan. Korang boleh tolong ambilkan barang hantar kepada mereka. Mungkin mereka tiada pengangkutan sebab jauh atau mereka malu nak datang ambil.

Kalau anda yang mampu untuk memberi bantuan tak tahu mana nak cari golongan yang memerlukan ini. Apa kata korang beli barang-barang keperluan tu letak atau penuhkan tempat2 Food Bank atau Gerobok Rezeki ini. Sikit sumbangan korang sangat bermakna pada mereka.

#RakyatBantuRakyat #BenderaPutih


Tags:

About author
not provided